Ahad, 19 Februari 2012

Steamed Wet Chocolate Cake Sempena Harijadi My Darling

Selamat Harijadi Encik Suami.



Semalam Rahel meluangkan masa untuk menyiapkan Kek Coklat yang sentiasa menjadi pilihan ketika hendak meraihkan hari-hari yang teristimewa dalam keluarga Rahel.Sudah terbiasa guna resepi Kek Coklat Kukus Basah dari Chef Zubaidah Bt Che'pa yang sememangnya menepati citarasa keluarga Rahel.Keknya memang sedap walau pun tanpa krim/topping,tapi kali ni Rahel buat siap dengan krimnya. 


Hari ini 19 Februari bertepatan dengan Harijadi My Darling,so awal-awal lagi dah bangun mempersiapkan hidangan untuk kami meraihkannya.Tapi yang pertama dirasmikan ialah kek tapi memang takde tiup lilin,korang pun tau kan apa hukumnya kalau tiup2 lilin kat kek harijadi.Jadinya kami pun dapat makan kek yang tersangatlah sedap walaupun simple je cara penyediaannya dan korang pun boleh gak try buat kek ni dan percayalah...lebih sedap hingga menjilat jari...hehehe..


Ok la tu...sambil lepak sambil tulis resepi,mula-mula kita siapkan dulu Kek Coklat Kukus..perhatikan betul-betul yer...jeng jeng jengggg...


Steamed Wet Chocolate Cake
Sumber:Buku Resepi/Zubaidah Bt Che'pa


Bahan:
200g tepung superfine
100g serbuk koko
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh soda bikarbonat
3 biji telur B (Rahel guna 4 biji telur)
200g gula kastor
1 cawan susu pekat manis
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas

Cara:

1.Ayak tepung,serbuk penaik,soda dan serbuk koko.Ketepikan.

2.Di bekas lain pukul telur,susu,gula dengan jaring.

3.Masukkan tepung yang diayak dan kacau sebati.

4.Masukkan minyak masak,gaul rata.

5.Akhir sekali masukkan air panas dan kacau rata.

6.Tuang ke dalam acuan bulat 8" yang telah digris dan dilapik dg baking paper.Kukus selama 45-60 minit atau sehingga masak.

7.Setelah kek masak,biarkan sejuk,bahagi kepada 4 lapisan.



 Inti Cream Cheese & Blueberry Fruit Filling
Resepi:Rahel

Bahan:
250g cream cheese,biarkan pada suhu ruang
75g gula kastor
80g mentega
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 sudu besar blueberry fruit filling,dibancuh dengan 2 sudu besar air panas,kemudian tapis
2 1/2 sudu besar blueberry fruit filling,dibancuh dengan 2 1/2 sudu besar air panas
50g kepingan almond,disangai sekejap
buah strawberry secukupnya untuk hiasan,dibelah dua

Cara:

1.Dalam mangkuk satukan cream cheese,mentega,gula kastor,kemudian putar hingga lembut,tambahkan esen vanila,blueberry filling yg sudah ditapis tadi,putar lagi hingga rata.

2.Ambil satu keping kek,letak adunan cream cheese,ratakan.Kemudian beri sedikit blueberry filling yg dari 2 1/2 sudu besar tadi dan ratakan.Buat seperti ini sebanyak 3x.

3.Kemudian tutup seluruh permukaan kek dengan baki adunan cream cheese.Simpan kek dalam peti sejuk selama 3 jam.Kemudian beri topping coklat.

4.Keluarkan kek dari peti sejuk,tuangkan chocolate ganache perlahan-lahan sampai menutupi semua permukaan kek termasuk bagian tepi kek.

5.Letak semula kek ke dalam peti sejuk selama 3 jam.Kemudian keluarkan kek dari peti sejuk dan hias tepinya dengan kepingan badam.

6.Akhir sekali,hiaskan permukaan atas dengan buah strawberry.Siap untuk disajikan.

*Kek boleh disimpan dalam peti sejuk selepas di hias sebelum dihidang,jika suka kek yang dingin.




Enjoiii...

22 ulasan:

Cekgu Maz berkata...

waaa sedapnye...sy pon tengah buat kek coklat gak nie...tapi kek yg kt atas tu lagi cantekkk....

quinnie berkata...

cantiknya kek rahel....geram tengok...happy belated b'day utk hbnya..:)

Qasey Honey berkata...

cntik dan kemas...nmpk sedap lak tu...geram...mintak spotong..hehe

Ummi berkata...

Adeeehhh jenuh akak duk click kotak komen Rahel ni taauu 3 4 kali click, muncul kejap jer xdan nak click Tambah Komen tu...adeeei.. boleh tukar cara lain x Rahel...cursor cepat sgt lari2....hehee... Teruja sungguh tengok kek Coklat lapis Cheese lak tuuuu...adeeei cantik lak tuu, teringin nak makan, tp maleh nya nak buat...letih rasa wiken pun...mcm nak kena setel....mintak la kat akak sepotong besar tu Rahel..

Kak Sam berkata...

Errrmmm bestnya, nak tempah sebiji bulan depan boleh tak?

Melly Octaviana berkata...

wow cake nya cantik, pasti hubby makin sayangkan Rahel.. Happy belated bday yah buat hubby nya,wishing him all the best.. :D

Ida,Japan berkata...

tergoda ahhhh rahel..cantiik sgt deconya,.smlm akak pon baking kek cokelat utk tempahan ...rajin rahel buat byk lapisan

rahel berkata...

terima kasih Cekgu Maz,Quinnie,Qasey Honey,Kak Ummi,Kak Sam,Melly octaviana,Kak Ida Japan untuk komen manisnya..

Tanpa Nama berkata...

sedapnya, saya pun baru je try kek coklat ni, tapi tak adalah buat layer mcm ni

Wattie berkata...

Salam Rahel,
Sedapnya kek tu RAheeeelllll, terliur akak kat sini melihatnya. S

Sue @ Nenie berkata...

Salam Kak Rahel...Saya kalau singgah sini mesti teruja tgk pelbagai kek dan pastry yang sedap2...emmm jelesnya

CT Delima berkata...

As'salam Rahel

Happy beleted birthday buat laling Rahel ya, yang keberapa tuuuu...hehehe

kalau tahu semalam buat kek sedap, dah terbang ke Johor tumpang makan kek coklat yang sedap ni :)

Evelyn Gemina berkata...

happy birthday to laling k.rahel...: )...sedapnya kek!!!

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World berkata...

Kemasdan cantik hasil tangan Rahel...akak suka layer krimnya. Kelas gitu

Liza Razak berkata...

serious cake secret recipe pon kalah kalau macam ni..yummy !!

rahel berkata...

Tina,Rahel pun kadang tak buat layer gak,kdg makan mcm tu je..tetap sedap sebab moist.

rahel berkata...

Wsalam Kak Wattie..
Singgah skejap,bole la makan kek hehe..

rahel berkata...

Wsalam Sue,thanks..jangan jeles2 tau..jom kita merajinkan diri buat kek..hehe.

rahel berkata...

Wsalam Kak Ct..
Terima kasih atas ucapannya itew..

Tak naik belon ke? hehe..

rahel berkata...

Terima kasih,
dah singgah..jemput makan kek.

rahel berkata...

Amboi Kak Paty...malunye gue kena puji gitu...ni hasil slalu praktis kat umah...

rahel berkata...

Liza Razak...
alah belum lagi...hihihi..