Jumaat, 28 Julai 2017

FRENCH STYLE MILLE CREPES

Salam 😊😊😊


Masih ingat lagi semalam time upload gambar ramuan crepes di fb,konon mau bagi free masuk pjj mango float pada yang berjaya menjawab dengan betulπŸ˜…rata2 bagi jawapan Cream Puff...ya la tu...makcik tau...di kepala korang memang ada cream puff jew 😁so pa kata kita tukar menu pulak...lama sangat nda' buat benda ni.Oh ya,sedap n nyaman krim dia ni...macam korang telan pastry cream untuk cream puff tu...macam ice cream...πŸ’‹πŸ¦

Lagi satu nak pesan,jika korang jenis yang terer buat ketayap/dadar confirm senang juga buat crepes,tapi kalau tangan yang jenis kejung...hermmm faham2 la sendiri.Kalau kreatf bolehlah pelbagaikan inti crepes ni..sesuai selera la katakan.Makcik ingat mo letak raspberry filling juga,tapi confirm la budak kecik tu tak mau makan...assammm.Biasa kalau di Cafe mahal juga seslice crepe ni,anggaran 8-10 ringgit,boleh tahan kan 😊



CREPES

Bahan-bahan:

A:225g Fresh Milk
    135g telur (timbang tanpa kulit)
    1/4 st garam
      65g Tepung gandum
      28g Icing sugar

B:30g Butter,dipanaskan hingga cair

Cara membuat Crepes:
1.Satukan bahan A,kacau hingga sebati kemudian tapis.

2.Tambahkan butter cair,kacau sebati.

3.Panaskan non-stick frying pan dengan api sederhana.Tuangkan adunan.Lenggangkan.Biarkan crepes masak hingga nampak gelembung.

4.Tanggalkan crepes.Buat sampai habis.Biarkan suam/sejuk sebelum letak custard filling.

5.Setelah crepes sejuk bolehlah lepa dengan custard filling.

6.Simpan Mille Crepes dalam peti sejuk sebelum potong/hidang.

Pesan:
saya guna non stick pan 9" untuk masak crepes
1 adunan dapat 9 crepes so klu uols nak kek tinggi sila buat dua adunan.



 CUSTARD FILLING

A;170g Fresh Milk
    100g instant custard powder

B:360g Non-dairy fresh whipping cream (pukul hingga pekat)

Cara membuat:
1.Satukan bahan A,kacau sehingga pekat.
2.Tambahkan bahan B,kaup balik hingga sebati.

 Sedap pulak custard filling ni....nyum nyum nyummmm


Selamat mencuba.πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹